Wednesday 30 December 2015

Mesyuarat Guru di SKTG diadakan bermula dari 28-29 Disember 2015. Mesyuarat bertujuan memastikan perjalanan sesi persekolahan 2016 berjalan dengan lancar.
 Para Guru juga membaca sumpah aku janji bagi menguatkan ikrar demi mendidik anak bangsa.




Warga Pendidik SKTG mengalu-alukan kehadiran anak-anak murid tahun 1 ke Sekolah Sesi 2016."KEHADIRAN MU DIHARGAI...... SELAMAT MEMULAKAN ALAM PERSEKOLAHAN DI SKTG"

Monday 24 August 2015

Guru Besar dan Para Guru bergambar dengan murid-murid dengan Jalur Gemilang yang dibuat secara gotong - royong mengunakan tangan.

Saturday 7 March 2015

7 Mac 2015 - Mesyuarat Agung PIBG diadakan dengan sambutan daripada para waris amat mengalakkan. Semoga SKTG terus cemerlang dan gemilang.

Wednesday 4 March 2015

2-4 Mac 2015 - Berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang Zon Kepala Batas di Stadium Bertam, Kepala Batas. SKTG meraih 4 pingat emas dan 3 pingat perak. Acara kawat kaki mendapat tempat ke -3. Keputusan keseluruhan Zon Kepala Batas SKTG mendapat tempat ke -3.

Saturday 28 February 2015

28 Feb 2015 - Program Jaya Waris Tahun 6 dijalankan dengan sambutan yang mengalakkan dari ibubapa. Semoga UPSR Tahun ini dikurniakan kecemerlangan!!!.

Tuesday 17 February 2015

17 Feb 2015 - Latihan Kebakaran siri 1 dijalankan dengan kerjasama pihak Bomba Kepala Batas, Pulau Pinang.

Saturday 14 February 2015

14 Feb 2015 - Program Teknik Menjawab Soalan B.Inggeris Tahun 6 dijalankan di Makmal Komputer SKTG. Disampaikan oleh penceramah berpengalaman. Semoga berjaya kelak murid SKTG.

Monday 9 February 2015

9 Feb 2015 - Watikah Perlantikan Pengawas, Pengawas PSS dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas disempurnakan oleh Pn Hj Noraini Guru Besar SKTG.

Saturday 7 February 2015

7 Feb 2015 - Kursus Kepimpinan Pengawas diadakan dengan kerjasama dari PDRM cawangan Kepala Batas, Pulau Pinang. Semoga Pengawas semakin mantap!.

Friday 30 January 2015

30 Jan 2015 - Persaraan yang penuh dengan emosi  meraikan Cikgu Mariam. Diharapkan beliau bersara dengan penuh ingatan dan doa dari warga SKTG.
30 Jan 2015 - Kejohanan Merentas Desa SKTG berjalan dengan lancar. Semua murid dan guru yang mengambil bahagian penuh bersemangat.