Saturday 27 February 2016

27 Feb 2016 - Pentadbir SKTG dengan kerjasama PIBG, ALUMNI SKTG dan Maybank Islamic menghulurkan bantuan kepada waris murid kelas 3Z Mohd Shahrul Haikal yang kurang berkemampuan. Semoga dengan bantuan yang diberikan akan meringankan sedikit beban mereka sekeluarga. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.











Thursday 25 February 2016

25 Feruari 2016 - Berlangsung Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah yang turut disertai oleh SKTG. Pada Kejohanan kali ini SKTG berjaya meraih tempat ke tiga oleh pasukan lelaki dan naib johan oleh pasukan perempuan. Tahniah kepada semua guru dan murid terlibat. InsyaAllah kejayaan yang lebih besar semakin dekat untuk SKTG pada masa akan datang.

Wednesday 24 February 2016

23-24 Februari - Berlangsung Kejohanan Bola Jaring peringkat zon utara yang turut disertai oleh SKTG walaupun keputusan tidak memberangsangkan. SKTG VS SK PENAGA 1-12, SKTG VS SK PERMATANG SINTOK 2-6, SKTG vs SK BUMBONG LIMA 9 - 0 dan SKTG vs SK PMTG BERTAM 2 - 6, tetapi semangat kesukanan yang diberikan oleh para guru dan murid adalah sesuatu yang membanggakan.
Pada tarikh yang sama juga berlangsung Kejohanan Badminton peringkat negeri yang turut disertai oleh SKTG. Walaupun tiada sebarang pingat berjaya dipungut namun semangat kesukanan dan saingan yang diberikan oleh guru dan murid adalah sesuatu yang dapat dibanggakan.





Saturday 20 February 2016

21 Feb 2016 - Mesyuarat Agung PIBG ke 40 meriah dengan kehadiran para waris dan dirasmikan oleh YB Datuk Hj Shabudin b Yahya. Kehadiran dan sokongan waris adalah diharapkan dapat meningkatkan prestasi dan kecemerlangan SKTG dalam bidang akademik dan kokurikulum di masa depan.






















Friday 19 February 2016

19 Feb 2016. Perlawanan Bola jaring  persahabatan diadakan diantara SK Tasek Gelugor dan SK Bertam Perdana. Perlawanan bermula sekitar jam 5.00 petang dan berakhir jam sekitar jam 6 petang dengan keputusan SKTG 8 berbalas 4.



Thursday 18 February 2016

18 Feb 2016 . Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolah (BKAP) SK Tasek Gelugor untuk 2016 berjalan dengan lancar dengan kehadiran para waris untuk mengambil bantuan tersebut.