Monday 28 March 2016

26 Mac 2016 - Persatuan Alumni SKTG telah berjaya menganjurkan satu acara sukan iaitu Kejohanan Bowling Tahunan Pertama yang telah pun berlangsung pada 26 Mac 2016 yang lalu. Dengan penyertaan seramai lebih kurang 44 orang peserta dari kalangan ahli-ahli Alumni SKTG, ibu bapa, guru, kakitangan sekolah dan juga pelajar-pelajar SKTG.

Juara tempat pertama lelaki telah di menangi oleh Saudara Maad (Abg DJ) dari SKTG Batch 85, manakala juara tempat pertama perempuan pula telah dimenangi oleh saudara Siti Rahayu Abdullah (Ayu) salah seorang daripada kakitangan yang berkhidmat dengan SKTG. Walaubagaimanapun, Piala Pusingan telah berjaya dirangkul oleh Abg DJ kita yakni Saudara Maad.

Tahniah kepada semua pemenang pada hari tersebut.

Harapan kami agar kalian semua akan terus memberi sokongan padu kepada pihak Alumni SKTG bagi menjayakan setiap program yang bakal dianjurkan. Insyaallah akan ada banyak lagi aktiviti yang akan melibatkan guru-guru, pelajar, ibu bapa dan kakitangan SKTG. - "Alumni SKTG For All"

Monday 14 March 2016

  11 -13 Mac 2016 - SK  Tasek Gelugor menyertai Perkhemahan korobori pengakap kali ke10 di SMK telok air tawar.

Tuesday 8 March 2016

9 Mac 2016 - SK Tasek Gelugor mengadakan solat sunat gerhana matahari yang dipimpin oleh Ust Jalaluddin. Program ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dengan kerjasama Panitia Sains SKTG.

Tentatif Program Solat Sunat Gerhana Matahari.

7.40 pg- persediaan utk solat sunat gerhana
8.00 pg - Solat sunat gerhana matahari dan khutbah ( kelolaan panitia pend Islam )
8.30 pg - murid bergerak ke kelas dan diberi melihat gerhana matahari ( kelolaan panitia sains)
9.00 pg - persediaan ujian sumatif ( kelas)







Monday 7 March 2016

7 Mac 2016 - Sk Tasek Gelugor melancarkan pada hari ini, Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah bermula dari 7-11 Mac 2016. Majlis bermula pada perhimpunan pagi ini dengan dirasmikan oleh Tuan Guru Besat En Mohd Fuaad B Ismail.





7 Mac 2016 - Majlis Pelancaran Progran Nilam Peringkat Sekolah diadakan di Dewan Al Farabi bagi sesi pagi bermula pada jam 8.00 pagi manakala sesi petang bermula pada 1.30 iaitu selepas waktu perhimpunan. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar untuk sesi pagi dan PK Petang  pada sesi petang.











Sunday 6 March 2016

8-10 Mac 2016 - SK Tasek Gelugor akan menjalankan Ujian Sumatif 1 bagi tahap satu dan dua. Jadual telah diedarkan kepada murid-murid.

Di sini pihak sekolah memaklumkan terdapat perubahan jadual untuk ujian sumatif sesi pagi pada hari Rabu  9 Mac 2016 kerana pihak sekolah akan mengadakan solat sunat gerhana matahari seperti yg dianjurkan oleh pihak SPI Jabatan Pelajaran Negeri P.Pinang.

Ujian Sumatif sesi pagi pada hari Rabu bagi subjek Bahasa Arab sahaja akan ditunda ke hari Jumaat 11Mac 2016. Subjek lain kekal pada Hari Rabu.

Berikut Jadual Ujian Sumatif Sesi Pagi dan Petang :
Jadual Sesi Pagi
Sesi Petang



Saturday 5 March 2016

5 Mac 2016 -LDP- i-Think dan pembinaan item

Tarikh: 5/3/2016 SABTU
Masa : 8.00 pg - 12.30th
Tempat: makmal komputer.

Tentatif program
8.00 -8.30- i-think
8.30-10.30 pembinaan item/bengkel
10.30-11.00 rehat- makanan disediakan.
11.00 - 11.30 bengkel bina item.
11.30-12.30 -APDM guru kelas bersama PKHEM.







Friday 4 March 2016

4 Mac 2016 - Jumaat 4 Mac 2016, Latihan Kebakaran Sesi Petang pula dijalankan. Bermula jam 5.00ptg dan berakhir jam 5.30ptg.





Tuesday 1 March 2016

2 Mac 2016 - Latihan kebakaran SKTG buat pertama kali berjalan dengan lancar. Bermula pada awal waktu pembelajaran bertujuan memberikan pendedahan kepada murid-murid agar lebih peka terhadap kecemasan yang berlaku di sekolah.








1 Mac 2016 - Kejohanan Bola Baling 2016 melakar sejarah dengan penyertaan murid  SKTG seramai 4 orang. Mereka bersama dengan murid- murid dari pelbagai sekolah mewakili zon Kepala Batas. Keputusan kejohanan tersebut Zon Kepala Batas melawan Zon Nibong Tebal : 2 berbalas  9 dan seterusnya Zon Kepala Batas - Zon Butterworth : 5 berbalas  2. Melayakkan Zon Kepala Batas ke peringkat separuh akhir dan keputusan di akhir Zon Kepala Batas mendapat naib johan ditewaskan oleh Zon Nibong Tebal dengan  5 berbalas 1.

Pemain Bola Baling yang mewakili Zon Kepala Batas di Kejohanan peringkat Negeri yang berlangsung di SMK Tasek, Nibong Tebal .Seramai 4 orang murid dari SK Tasek Gelugor .
Jersi nombor 13 Zuraini
Jersi nombor 12 Aishah
Jersi nombor 5 Wafa Irdina
Jersi nombor 6  Nurshayani