Sunday 24 April 2016

24 April 2016-  Kem Motivasi Matematik 3D diadakan di Dewan Makan SK Tasek Gelugor yang dihadiri oleh murid-murid tahun 6. Bermula jam 8.00pagi.



24 April 2016 - Pertandingan Remaja Interclub Invitation Taekwondo Championship 2016 diadakan di Mydin Kepala Batas yang turut disertai oleh murod dari SK Tasek Gelugor. Ramai dikalangan pelajar yang memperolehi pingat diantaranya murid SK Tasek Gelugor mendapat Johan dan Naib Johan bagi acara 12 tahun kebawah.








23 April 2016 - Program Jaya Waris SKTG 2016 yang bertemakan  Semarak Impian Kecemerlangan UPSR 2016 telah diadakan di dewan Kantin SKTG. Ceramah Motivasi program ini disampaikan oleh En Mohd Monier b Mat Din seorang aktivis NGO. Program ini dianjurkan dengan usahasama dari PIBG SKTG, Alumni SKTG dan Staff SKTG. Kehadiran dari waris dan murid amat mengalakkan. Program bermula jam 8.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam. Semoga SKTG terus semarak dengan kejayaan. Amin.







Saturday 23 April 2016

23 April 2016 - Program Guru Mursyid diadakan di Dewan Perda Kubang Menerong bagi memantapkan lagi ilmu kepada guru-guru pendidikan islam di SPU. Program ini telah dihadiri oleh 10 orang GPI dari SKTG.


22 -23 April 2016 - Murid- murid tahun 6 dari sekolah yang terpilih di sekitar Seberang Perai Utara termasuk dari SK Tasek Gelugor  menyertai Program Pintar Klinik UPSR 2016 yang diadakan di Institut Latihan Perindustrian, Kepala Batas Pulau Pinang. Semua murid yang hadir menunjukkan semangat dan kesungguh untuk menghadapi UPSR kali ini. Semoga SKTG menempa kecemerlangan untuk UPSR 2016.







Monday 11 April 2016

Assalamualaikum WBTH buat semua Muslimin dan Muslimat dan Salam Sejahtera juga buat semua yang bukan beragam Islam.

Sukacitanya dijemput hadhirin dan hadhirat sekalian ke Majlis Public Talk - MISCONCEPTIONS ABOUT ISLAM yang akan berlangsung pada 15 APRIL 2016, Jam 8.00 malam di KOMPLEKS MASYARAKAT PENYAYANG PULAU PINANG. Masuk adalah PERCUMA. Sekian, terima kasih.

Saturday 9 April 2016

9 April 2016 - Karnival Dakwah Sekolah - Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Mydin Bukit Mertajam. Pertandingan Qasidah Sekolah Rendah  peringkat negeri Pulau Pinang turut berlansung dan disertai oleh kumpulan Qasidah SKTG. Alhamdulillah, Kumpulan Qasidah Al Iman SKTG berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan tersebut. Semoga SKTG menongkah lagi kejayaan pada masa akan datang. Terima kasih sokongan semua.









Friday 8 April 2016

8-10

April 2016 - Kem Kecemerlangan UPSR diadakan di Kem BTN, Junjung, Kulim, Kedah. Program ini adalah bertujuan memberikan murid tahun 6 semangat dan bersedia menghadapi peperiksaan UPSR. Kem ini disertai oleh murid dan gurudari sekolah-sekolah dari SPU  termasuk murid dan guru dari SKTG. Semoga bakal menempa kejayaan dalam UPSR tahun ini.







Thursday 7 April 2016

7 April 2016 -  Tahniah diucapkan kepada atlit olahraga SKTG Nurul Nadyah Bt Abdul Hafif kerana memperolehi pingat perak pada acara lompat jauh peringkat zon. Semoga bakal berjaya lagi tahun hadapan, InsyaAllah.

Ceramah keselamatan oleh JPAM.              
Tarikh : 7 April 2016 (Khamis).                      
 Masa. : 9.10 - 10.40 pg.                                            
Tempat : Kantin SKTG.                                    
 Sasaran : Murid thn 4&5.                                  
Tindakan : AJK Keselamatan.