Wednesday 18 May 2016

18 May 2016 - Karnival Akademik Sekolah Rendah Peringkat zon SPU. SKTG telah menyertai dan mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan bercerita tahap 1.

Monday 9 May 2016

9-16 Mei 2016 - Ujian PKSR 1atau PPPP dijalankan. Sesi pagi bermula 9 Mei dan berakhir 16 Mei 2016. Manakala sesi petang bermula 9 Mei hingga 12 Mei 2016.


Saturday 7 May 2016

7 Mei 2016 - Program Teknik menjawab mata pelajaran Sains untuk UPSR dihadiri oleh murid-murid tahun 6 dan disampaikan oleh Ckg Zainal. Bermula jam 8.00pagi.







7 Mei 2016 - Program Jaya Waris LINUS dijalankan di bilik PSS SK Tasek Gelugor. Program dijalankan dengan ceramah motivasi kaedah cepat membaca  oleh En Amir pengusaha Kelas Latihan Cepat Membaca. Program bermula jam 8.00pagi.





Friday 6 May 2016

6 Mei 2016 - Kem Bestari Solat bagi murid tahun 2, 3 dan dijalankan bagi memastikan murid menunaikan kewajipan terpenting itu dengan sempurna. Kem Bestari Solat pada kali ini dijalankan dua sesi. Sesi pagi untuk murid tahun 2 dan 3. Manakala sesi petang untuk murid tahun 4.



Thursday 5 May 2016


Wednesday 4 May 2016

4 Mei 2016 - Konvensyen Kelab Doktor Muda diadakan bagi peringkat zon Seberang Perai Utara. SK Tasek Gelugor turut menghantat wakil bagi menyertai pertandingan di Konvensyen tersebut. Alhamdulillah, murid SKTG mendapat Johan bagi acara bicara spontan bahasa Inggeris dan Naib Johan bagi acara bicara spontan bahasa Malaysia.







Monday 2 May 2016

29 April - 2 Mei 2016 - Lawatan guru SK Tasek Gelugor ke pantai timur ke negeri Terengganu dan Kelantan. Bertolak pada malam jam 11 malam 29 April terus ke terengganu dan menginap di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Aktiviti sebelah malam pula mencandat sotong sehingga subuh. Pada 1 Mei bertolak dari Terengganu ke Kelantan dan melawat di sekitar kelantan dan pada 2 Mei ke Pusat Kraftangan di Kelantan beserta aktiviti mencanting batik. 2 Mei bertolak balik ke Pulau Pinang.