Friday 29 January 2016

Persatuan Ibubapa dan Guru SK Tasek Gelugor akan mengadakan mesyuarat agung sesi 2016 pada 20 Februari 2016 pada jam 8.00pagi. Diharapkan para waris memberikan kerjasama dengan menghantar usul Mesyuarat PIBG dengan kadar segara pada pihak sekolah serta memeriahkan mesyuarat dengan menghadiri mesyuarat agung pada tarikh yang telah ditetapkan.
Kursus Kepimpinan Pengawas SKTG 2016 akan diadakan pada 5-6 Februari 2016 ( Jumaat dan Sabtu) di Kem Kenari Yan, Kedah. Semoga Pengawas SKTG akan terus berkhidmat dengan cemerlang.
SK Tasek Gelugor akan bercuti sempena Tahun Baru Cina 2016 bermula pada 8-12 Januari 2016 ( Isnin - Jumaat ). Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina 2016.
Hari Merentas Desa SK Tasek Gelugor dijalankan pada Sabtu 30 Januari 2016. Bermula dengan senamrobik seterusnya dilepaskan pada jam 9.00pagi.
Program tamat pada jam 12.00tengahari.

Makluman kepada semua waris SK Tasek Gelugor, pada ISNIN 1 Februari 2016 sekolah akan  bercuti peristiwa bersempena dengan Hari Merentas Desa.













Wednesday 27 January 2016


SK Tasek Gelugor akan mengadakan Program Hari Merentas Desa pada
Sabtu, 30 Januari 2016. Bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00tgh. Latihan untuk Merentas Desa akan dijalankan esok Jumaat 29 Januari 2016, Jam 8.00pagi.

Murid-murid dikehendaki memakai pakaian sukan pada hari Jumaat dan memakai pakaian mengikut rumah sukan pada Sabtu.  Pelajar Tahun 6 akan merentas desa pada hari Jumaat kerana mereka perlu mengikuti program anjuran PERDA pada hari Sabtu. Diharapkan semua warga SKTG bersiap sedia untuk Program Hari Merentas Desa 2016 ini.

Friday 22 January 2016

Sek Keb Tasek Gelugor akan bercuti Pada 25 Jan 2016 mengantikan cuti Thaipusam yang jatuh pada 24 Jan 2016.

Friday 15 January 2016

Latihan dalam perkhidmatan pada 16/ 1/2016 bermula 8.00-12.30tgh di Makmal komputer. Bengkel vle  frog disampaikan oleh En Adnan bin Ghazali pegawai daripada BTPN Pulau Pinang.

Tentatif
8.00-10.30- vle frog/mbmmbi
10.30-11.00 rehat
11.00-12.30 - kemaskini sudut/papan pamer sekiranya selesai bengkel vle/mbmmbi.

Diharapkan semoga bertambah ilmu dan memantapkan lagi barisan pendidik di SKTG.


Thursday 14 January 2016

Alhamdulillah Program Jaya Waris kali pertama pada hari ini Jumaat 15 Jan 2016 berjalan dengan lancar, semoga kerjasama  warga pendidik di SKTG dengan waris akan meningkatkan lagi prestasi pendidikan anak-anak kita, InsyaAllah.



Friday 8 January 2016

Program Sambutan Maulidur Rasul SKTG 2016 berlangsung pada Jumaat 8 Jan 2016 jam 8.00 pagi di Dewan Terbuka SKTG
dengan Tausiyah disampaikan oleh Ust Mohd Azlan b. Aziz




Saturday 2 January 2016

LDP 1  Penataran Format Baru UPSR

Friday 1 January 2016


Warga Pendidik SKTG mengalu-alukan kehadiran kembali anak-anak murid ke Sekolah Sesi 2016."KEHADIRAN MU DIHARGAI...... SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH"