Wednesday, 24 February 2016

23-24 Februari - Berlangsung Kejohanan Bola Jaring peringkat zon utara yang turut disertai oleh SKTG walaupun keputusan tidak memberangsangkan. SKTG VS SK PENAGA 1-12, SKTG VS SK PERMATANG SINTOK 2-6, SKTG vs SK BUMBONG LIMA 9 - 0 dan SKTG vs SK PMTG BERTAM 2 - 6, tetapi semangat kesukanan yang diberikan oleh para guru dan murid adalah sesuatu yang membanggakan.
Pada tarikh yang sama juga berlangsung Kejohanan Badminton peringkat negeri yang turut disertai oleh SKTG. Walaupun tiada sebarang pingat berjaya dipungut namun semangat kesukanan dan saingan yang diberikan oleh guru dan murid adalah sesuatu yang dapat dibanggakan.





Saturday, 20 February 2016

21 Feb 2016 - Mesyuarat Agung PIBG ke 40 meriah dengan kehadiran para waris dan dirasmikan oleh YB Datuk Hj Shabudin b Yahya. Kehadiran dan sokongan waris adalah diharapkan dapat meningkatkan prestasi dan kecemerlangan SKTG dalam bidang akademik dan kokurikulum di masa depan.






















Friday, 19 February 2016

19 Feb 2016. Perlawanan Bola jaring  persahabatan diadakan diantara SK Tasek Gelugor dan SK Bertam Perdana. Perlawanan bermula sekitar jam 5.00 petang dan berakhir jam sekitar jam 6 petang dengan keputusan SKTG 8 berbalas 4.



Thursday, 18 February 2016

18 Feb 2016 . Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolah (BKAP) SK Tasek Gelugor untuk 2016 berjalan dengan lancar dengan kehadiran para waris untuk mengambil bantuan tersebut.




Mesyuarat Agung PIBG SK Tasek Gelugor, akan bermesyuarat pada

AHAD
21 Februari 2016
Jam 8.00pagi

Semua waris SK Tasek Gelugor adalah dialu-alukan untuk hadir danmemeriahkan lagi mesyuarat agung kali ini. Semoga kerjasama yg erat daripada waris dan warga SKTG akan memantapkan lagi pencapaian akademik dan kokurikulum SKTG.

Saturday, 6 February 2016

Kem Kepimpinan Pengawas 2016 telah berlangsung di Kem Kenari Yan Kedah. Pelbagai cabaran dalam aktiviti yg dijalankan pada kem kepimpinan tahun ini. Diharapkan agar pengawas tahun ini akan lebih cemerlang dalam khidmat mereka membantu guru dan disiplin di sekolah nanti. Syabas Pengawas SKTG 2016.