Monday 28 March 2016

26 Mac 2016 - Persatuan Alumni SKTG telah berjaya menganjurkan satu acara sukan iaitu Kejohanan Bowling Tahunan Pertama yang telah pun berlangsung pada 26 Mac 2016 yang lalu. Dengan penyertaan seramai lebih kurang 44 orang peserta dari kalangan ahli-ahli Alumni SKTG, ibu bapa, guru, kakitangan sekolah dan juga pelajar-pelajar SKTG.

Juara tempat pertama lelaki telah di menangi oleh Saudara Maad (Abg DJ) dari SKTG Batch 85, manakala juara tempat pertama perempuan pula telah dimenangi oleh saudara Siti Rahayu Abdullah (Ayu) salah seorang daripada kakitangan yang berkhidmat dengan SKTG. Walaubagaimanapun, Piala Pusingan telah berjaya dirangkul oleh Abg DJ kita yakni Saudara Maad.

Tahniah kepada semua pemenang pada hari tersebut.

Harapan kami agar kalian semua akan terus memberi sokongan padu kepada pihak Alumni SKTG bagi menjayakan setiap program yang bakal dianjurkan. Insyaallah akan ada banyak lagi aktiviti yang akan melibatkan guru-guru, pelajar, ibu bapa dan kakitangan SKTG. - "Alumni SKTG For All"

0 comments :

Post a Comment